F.A.Q
Contoh-contoh notis sms pemberitahuan dari server.
![]() |
Jika anda mendapat notis sms dari server seperti ini, ia bermaksud tambah nilai ke no. tersebut telah dibatalkan atas sebab tertentu. Oleh itu anda boleh perlu mencuba sekali lagi. |
![]() |
Jika anda mendapat notis dari server seperti ini, ia bermaksud tambah nilai keatas no tersebut telah GAGAL. Ia mungkin berpunca dari no yang ingin di tambah nilai tidak betul. Sila periksa kembali no tersebut dan anda boleh cuba menghantarkan no tersebut kembali. |
![]() |
Notis sms dari server seperti ini bermaksud kegagalan sistem berkomunikasi antara celcom/maxis. Ia mungkin kerana sistem server kami atau Celcom/Maxis sedang diselengara. Tiada transaksi dapat dijalan pada masa ini. Ia mungkin mengambil masa yang agak panjang bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Harap anda bersabar. |
![]() |
Jika anda mendapat notis ini semasa menghantar arahan sms tambah nilai ke server, ia bermaksud no. ini telah ditambah nilai dengan nominal yang sama dalam masa 3 jam atau ia sedang diproses oleh server. Jika anda ingin menambah nilai ke atas no. yang sama dalam tempoh 3 jam, anda perlu menambah nilai dengan nominal yang lain. |
Tambahan
1. Jika tiada
sebarang notis dari server melebihi 15 minit - 1/2 jam selepas saya menghantar
sms tambah nilai ke server,apa perlu saya lakukan?
Anda boleh cuba menghantar kembali dengan nominal dan
no yang sama ke server. Tidak perlu risau, modal anda tidak akan dipotong untuk
kali ke-2 jika tambah nilai sebelum ini telah berjaya. Sistem server telah di
programkan untuk membenarkan tambah nilai nominal sama dengan no yang sama
hanya sekali sahaja dalam masa 24 jam. Anda boleh mencuba beberapa kali pun
jika perlu.
2. Adakah ezyreload4u.com ini satu program yang menipu seperti
Skim Cepat Kaya,Piramid dan yang seumpama dengannya?
Tidak..untuk pengetahuan anda,ezyreload4u.com bukan
dari program Skim Cepat Kaya,Piramid ataupun program-program yang menipu
semata-mata. Ezyreload4u.com adalah satu program yang ingin melahirkan usahawan
prepaid secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.
3. Bolehkah saya yang telah mendaftar ingin mendaftar sekali
lagi di ezyreload4u.com?
Boleh..tetapi anda tersebut perlulah menggunakan no
telefon yang berlainan dari no sebelum ini.
4. Bolehkah jika saya ingin menukar no yang saya
daftarkan sebagai agen ezyreload4u.com kepada no saya yang baru?
Boleh..tetapi anda
perlulah membayar RM10 sebagai kos penukaran dari server. Sebelum itu anda
perlulah memaklumkan kepada admin ezyreload4u.com.
5. Bagaimanakah untuk
mengeluarkan komisen kenalkan rakan dari akaun balance saya?
Untuk mengeluarkan/withdraw komisen kenalkan rakan,
anda perlulah mempunyai minimum RM20 didalam akaun balance anda.Jika ya,anda
boleh membuat withdraw sama ada ke dalam akaun bank ataupun ke akaun topup
anda. Jika ke dalam akaun bank mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi harap
bersabar..
MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH
1. Pelanggan tidak menerima Topup
Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan kami.
2. Topup lambat diterima oleh pelanggan
Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan sistem rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.
3. Perkara lain yang mungkin terjadi
SMS yang anda hantar tidak sampai ke server kami. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server kami.






